Read More......
Name:
Location: tugu, jakarta utara, Indonesia

empty

Monday, 20 June 2011

SEJARAH KEMUNCULAN MUKTAZILAH
Golongan ini mula muncul di zaman khilafah Umawiyyah di bawah pemerintahanHisyam bin Abdul Malik di akhir kurun pertama hijrah.Para Ulama berselisih pendapat didalam memberi makna asal-usul muktazilah itu sendiri.Menurut riwayat yang masyhur dikalangan jumhur Ulama ianya muncul ekoran daripada percanggahan pendapat Wasil binAta' Al-Ghazzal (80-131H) dengan gurunya Imam Al-Hasan Al-Basri r.a( 22-110H)dalam masalah dosa besar (ةريبكلا كترم).Ketika Imam Al-Hasan sedang mengajar datangseorang lelaki bertanyakan tentang hukum melakukan dosa besar adakah menjadi kufur atau sebaliknya.Belum sempat beliau menjawab tiba-tiba bangun salah seorang anak muridnya iaitu Wasil lalu berkata: "Tidak aku berpendapat bahawa mereka itu mukminsejati dan tidak juga kafir secara mutlak bahkan mereka itu berada di antara dua tempat(نيلزم ني لزلا)" (iaitu antara iman dan kufur).Lantaran itu,Imam Al-Hasan berkatakepadanya: "asinglah diri kamu dari kami wahai Wasil".Ekoran daripada peristiwa itu dia dan pengikutnya dipanggil golongan muktazilah.Kadang kala golongan ini dipanggil puak Al- Qadariah dan kadang kala dipanggil puak Al-Mua'ttilah.Pada asalnya golongan ini sebenarnya memang kuat mempertahankanakidah Islam tetapi mereka lebih menggunakan mantik akal daripada dalil naqli(Al-Qurandan Hadis).Mereka memerangi golongan batiniah(syiah),yahudi,nasrani dan kumpulan-kumpulan yang sesat.Di ceritakan bahawa Abu Al-Huzail Al-'Allaf(135-226H) salahseorang syeikh Muktazilah di Basrah telah mengislamkan seramai tiga ribu orang majusidengan cara berdebat dan berbincang.Walaupun begitu mereka tersilap langkah denganmenghujum Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan senjata yang sama yang pernah digunakanuntuk memerangi golongan yang menyeleweng dari Islam.Dalam tempoh yang singkat sahaja pengaruh fahaman golongan ini berkembang begitucepat dan mempunyai pengaruh yang besar sehinggakan Yazid bin Al-Walid(125 - 126H* tahun memerintah) dan Marwan bin Muhammad dari pemerintah kerajaanUmawiyyah dan Al-Makmun bin Harun Al-Rasyid(198 - 218H*) , Al-Muktasim binHarun Al-Rasyid(218 - 227 H*) dan Al-Wasiq bin Al-Mu'tasim(227 - 232 H*) darikerajaan Abbasiyyah telah menjadikannya sebagai pegangan rasmi dalam negara dankerajaan.Bahkan mereka ini menggunakan kekerasan bagi sesiapa yang tidak sehaluandengan mereka seperti yang berlaku terhadap Imam Buwaiti pengganti Imam Al-Syafeiyang dihukum bunuh dan Imam Ahmad bin Hanbal r.a yang dipenjara dan disiksa,bertegas mengatakan bahawa Al-quran itu adalah kalam Allah dan bukannya makhluk seperti yang didakwa oleh golongan muktazilah.USUL LIMA MUKTAZILAH.Terdapat lima usul yang menjadi pegangan utama golongan muktazilah iaitutauhid,keadilan Allah S.W.T.( دعلا),janji baik dan janji buruk,manzilah bainamanzilataini(نيلزلا ني لزلا) dan amar maaruf nahi mungkar (ن ىهلاو فورعل رما

ركلا).Usul lima ini mestilah dihimpun dan digabungkan semua sekali dan sesiapa yang tidak mengiktiraf dan berpegang antara salah satunya maka dia sebenarnya bukanlah dianggappengikut muktazilah yang sebenar.Sebagaimana yang disebut oleh Abu Al-Hasan Al-Khayyat (meninggal pada 300H) salah seorang pemimpin muktazilah di kurun ke 3 hijrahdengan katanya: "dan tidak berhak salah seorang dari mereka(pengikut muktazilah)dinamakan muktazilah sehinggalah dia menghimpunkan pegangan usul lima iaitutauhid,keadilan, janji baik dan buruk,manzilah baina manzilataini dan amar ma'ruf dannahi mungkar.Apabila telah lengkap kelima-lima usul ini maka layak baginya digelar pengikut muktazilah".Dalam usul yang pertama iaitu tauhid.Di antara kandungan pegangan mereka ialahmustahil melihat Allah S.W.T. di akhirat (لا ؤ),tiada sifat bagi Allah melainkanzatNya sahaja dan al-Quran adalah makhluk.Antara iktikad mereka dalam usul yang kedua iaitu keadilan Allah S.W.T. pula antaranyaAllah S.W.T. tidak menjadikan perbuatan hambaNya samada baik mahupun buruk bahkan hambaNya sendiri yang melakukannya dengan ikhtiar dan kehendaknya.Manakala dalam usul yang ketiga iaitu janji baik dan buruk Allah S.W.T.antaranyamereka berpegang bahawa Allah S.W.T. memberi balasan baik kepada sesiapa yangmelakukan kebaikan dan sebaliknya , orang yang melakukan dosa besar tidak akandiampun ,akan kekal di dalam neraka serta tidak akan mendapat syafaat kecualilah diasempat bertaubat sebelum mati.Mereka juga beriktiqad bahawa Allah swt wajib memberibalasan pahala kepada hamba yang taat dan wajib mengazab kepada hamba yangmelakukan dosa besar.Di dalam usul yang keempat iaitu 'manzilah baina manzilataini' mereka mengatakanbahawa orang yang melakukan dosa besar bukanlah mukmin mahupun kafir bahkankedudukannya adalah di antara dua tempat, antara iman dan kufur.Dan dalam usul yang terakhir iaitu 'amar ma'ruf nahi mungkar' mereka berpegang bahawawajib ke atas setiap orang yang beriman menyebarkan dakwah Islamiah danmenunjukkan jalan hidayah kepada mereka yang sesat.Mereka berkata: "memadai amar ma'aruf nahi mungkar hanya dengan hati,dan denganlisan jika tidak mampu dengan hati dan memadai dengan tangan jika tidak mampudengan keduanya dan jika tidak mampu juga dengan tangan hendaklah menggunakanpedang kerana firman Allah swt ( ى ادحا غ ،هي اصأ اقا نيملا نم ئ ط او ا رم ىلا ت ىح ىغبت ىلا ات رخا )" al-Hujurat : 9-Kewajipan ini tiada bezanya antara orang yang mempunyai kuasa(pemerintah) ataupunorang yang tidak mempunyai kuasa.Mereka berpendapat kewajipan ini bukan bermula

dengan perintah syarak tetapi datangnya adalah dari kehendak akal manusia ,syarak hanyalah penguat kepada pendapat akal tersebut sebagaimana yang disebut oleh Al-Jubaie(ىئبجلا) (meninggal pada 295H) salah seorang syeikh Muktazilah.Kesemua usul ini bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepadadalil nas al-Quran dan hadith Nabi saw .Sebenarnya masih ada lagi prinsip dan peganganyang lain yang tidak disebut di sini bahkan ada pegangan-pegangan khusus bagi setiappecahan pengikut-pengikut muktazilah ini sehinggakan melebihi 20 pegangan danprinsip.MAUQIF MUKTAZILAH DALAM PENAFSIRAN AL-QURAN.Secara umumnya penafsiran golongan muktazilah berdasarkan kepada usul limasepertimana yang telah disebut.Mereka menggunakan hujjah al-Quran untuk menguatkanpegangan mereka tetapi penafsiran mereka itu berdasarkan pandangan yang bertepatandengan akidah mereka.Golongan ini lebih banyak menggunakan logik akal daripada nasal-Quran dan hadith sehinggakan mereka mampu memperdayakan orang ramai.Contoh penyelewengan penafsiran mereka terhadap al-Quran.1). Dalam masalah mereka menjadikan ayat-ayat yang zahirnya menyokong mazhabmereka sebagai ayat muhkamat(tanpa takwilan) dan menjadikan ayat muhkamat kepadaayat mutasyabih(mempunyai beberapa makna ).Manakala ayat(muhkamat danmutasyabih) yang bertepatan dengan pegangan mereka, tidak akan diubah statusnya. (silarujuk al-kasyaf 1/ 337 dan nota kakinya,tafsiran surah ali-'Imran :7)Contoh;Status ayat yang diubah daripada muhkamat kepada mutasyabih.Firman Allah swt.( ىلاةرظ ه) -al-Qiamah:23 .Melalui ayat ini mereka mentafsirkan an-nazhar(رلا ) itumaknanya ialah pengharapan (ءرلا) ,penantian terhadap nikmat (عل قلا ) dankaramah(ماركلا ) bukannya dari nas yang jelas iaitu boleh melihat Allah swt sebagaimanaiktiqad ahli sunnah. (sila rujuk al-kasyaf 1/ 337-338 , 4 / 662 )Status ayat yang ditukar daripada mutasyabih kepada muhkamat.Firman Allah swt .(ا دت ) -al -Ana'am 103.Mereka merntafsirkan ayat ini bahawa mustahil melihatAllah di akhirat kelak tanpa takwilan dengan makna yang lain.Penafsiran ini bercanggahdengan ahli sunni yang mengatakan bahawa ayat ini perlu diihtimal dengan makna yanglain. (sila rujuk al-kasyaf 1/ 337-338 , 2 / 54 )Status ayat yang tidak diubah yang bertepatan dengan iktiqad mereka.Firman Allah swt.(ءشل رمأ  ا ا ) -al-A'araf :28 dan ayat ( هي اس هيرم رم) -al-Isra': 16 . (sila rujuk al-kasyaf 1 / 337-338 , 2 / 98- 99 ,2 /653 - 654 )2) Dalam masalah usul al-adl.Contoh dalam ayat.(يدلا ةيلا ى هشيعم هي سق ن  ّ ح س  ) al-Zukhruf:32.Melalui ayat ini mereka mengatakan bahawa Allah swt hanyalahmengurniakan rezeki yang halal sahaja kepada hambanya dan tidak rezeki yang haram

bahkan manusialah yang berusaha dengan diri mereka sendiri. sebagaimana yang disebutoleh az-Zamakhsyari dalam tafsirnya al-kasyaf.Ini kerana mereka berpendapat Allah swttidak menciptakan perkara yang buruk dan keji.Pendapat ini bersalahan dengan ahlisunnah yang berpegang bahawa semua makhluk dan benda adalah diciptakan oleh Allahswt. (sila rujuk al-kasyaf, 4 / 248 - 249 ).3) Dalam masalah manzilah baina manzilataini .Contohnya dalam surah Al-Isra':9-10 ع نذلا ملا رشو قا ى ىل ده آرلا اذ ا)ار ً يب ار ً  هل  ّ  للا9) ًيلا  ًاذ هل د ةرخ م  نذلا و (10 ) Az- Zamakhsyari mengatakan:"jika kamu berkata : kenapa disebut orang-orang mukmin yang baik dan orang-orangkafir sahaja tidak disebut orang-orang fasiq ?Maka aku berpendapat : Adalah manusia ituadakalanya mukmin bertakwa dan adakalanya musyrik(kufur) dan sesunguhnya adawujud orang yang berada antara dua tempat selepas itu(antara iman dan kufur)" .(silarujuk al-kasyaf 2 / 650 - 651 ).Ini adalah antara contoh -contoh penafsiran golongan muktazilah yang dapat disebut danmasih banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh dirujuk di dalam buku-buku yangberkaitan.HASIL KARANGAN GOLONGAN MUKTAZILAH DI DALAM BIDANGPENAFSIRAN AL-QURAN.Banyak kitab tafsir al-Quran yang dikarang dan dihasilkan oleh ulama-ulama muktazialahtetapi tafsiran mereka itu berdasarkan kepada usul mazhab mereka.Hasil karanganmereka ini tidaklah begitu banyak memberi manfaat jika dibandingkan dengan kitab-kitab tafsir yang lain.Kebanyakkan kitab tafsir mereka telah luput ditelan zaman tetapiianya ada disebut oleh ulama ahli sunnah yang terdahulu seperti yang disebut oleh imamAs-Suyuti di dalam tabaqat al-Mufassirin dan tabaqat al-mufassirn oleh ad-Dawadi anak murid kepada as-Suyuti.Tidak banyak kitab mereka ini sampai kepada kita kecuali hanyatiga buah sahaja yang masih kekal hingga sekarang. Di antara ualama muktazialah yangmasyhur dalam menghasilkan kitab tafsir ialah :1- Wasil bin ‘Ata’ (80 – 131H) - ma’ani Al-Quran.2– Qatrab (meninggal pada 206H) - ma’ani Al-Quran, I’rab Al-Quran , Ar-Rad ’ala Al-Mulihidin fi MutayabihAl-Quran dan Majaz Al-Quran.3– Abu Bakar Abdul Rahman bin Kisan Al-Asm (meninggal pada 240H)

4– Amru bin Bahr Abi Uthman Al-Jahiz (meninggal pada 255H) - Nizam Al-Quran danAl-Masail fi Al-Quran.5– Muhammmad bin Abdul Wahab Al-Jubaei (ayah kepada Abu Hasyim Abdul Salam)(meninggal pada295H) - Mutasyabih Al-Quran dan Tafsir Al-Quran .6– Abu Al-Qasim Abdullah bin Ahmad Al-Balkha Al-Hanafi(meninggal pada 319H) -menghasilkan kitab tafsir sebanyak 12 jilid.7– Abu Abdul Salam bin Abu ‘Ali Al-Jubaei(meninggal pada 321H).8– Abu Muslim Muhammad Bahr Al– Asfahani (meninggal pada 322H)- Jami’ Al-Takwil Li Muhkam At-Tanzil.9– Abu Al-Hasan ‘Ali bin ‘Isa Ar-Rummani (meninggal pada 384H) - Tafsir Al-QuranAl-Mujid.10– Ubaidillah bin Muhammad Jarwu Al-Asadi Abu Al– Qasim An-Nahwu Al-‘Arudhi(meninggal pada 387H).11– Abdul Salam bin Muhammad bin Yusuf Al– Qazwiniyyu (meninggal pada 483H)-Imam As-Suyuti menyebut beliau menghasilkan 300 jilid kitab tafsir dan 500 jilidsebagaimana yang disebut oleh Ibn Najjar.Antara pengarang kitab tafsir muktazilah dan kitabnya yang masih kekal hingga kini.1– Al-Qadhi Abdul Jabbar bin Ahmad Al-Hamdaniyyu Al-Asdubaniyyu As-Syafei(meninggal pada 415H) -Tanzih Al-Quran ’an Al-Muthoin .2– As-Syarif Al-Murtadho Al-’Alim As-Syi’ie Al-Ulwi (355 – 436H) - Amaali As-Syarif Al-Murtadho ataupun Ghurar Al-Fuad Wa Durar Al-Qalaid.3– Abu Al-Qasim Mahmud bin Umar Az-Zamakhsyari (467 – 538H) - Al-Kasyaf AnHaqaiq Ghawamid At-Tanzil Wa ‘Uyun Al-Aqawil Fi Wujuh At-Ta’wil.KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP GOLONGAN MUKTAZILAH.Kritikan yang dapat difahami daripada kalam Al- Imam Abu Al-Hasan Al- Asy'ari (260 -330 H/ 873 - 941 M) :" Maka sesungguhnya orang yang menyeleweng dan sesat ialah mereka yang mentakwilisi kandungan al-Quran berpandukan pandangan dan pendapat sendiri ,dan mereka yangmentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu,suatu tafsiran yang tiada bukti dan dalil ianyadatang dari Allah swt dan bukan juga datangnya dari riwayat rasulullah dan ahlikeluarganya,dan bukan juga datangnya dari orang-orang terdahulu(as-salaf) yang terdiridari kalangan sahabat dan tabien.Ini merupakan suatu pembohongan terhadap Allahswt.Sesungguhnya mereka telah tersesat dan bukan terdiri daripada kalangan merekayang mendapat petunjuk".

Begitu juga kritikan yang dinaqalkan daripada syeikhul Islam Ibn Taimiyyah(662 - 792 H/ 1263 - 1328 M) daripada buku muqaddimah Ibn Taimiyyah - usul at - tafsir katanya :" Contohnya meraka berpegang terhadap sesuatu pendapat kemudian dikuatkan denganlafaz-lafaz dari al-Quran(sebagai hujjah) dan ( dengan itu) mereka bukanlah darikalangan salaf yang terdiri dari kalangan para sahabat dan tabien r.ahm,tidak juga darikalangan para imam umat Islam ,pendapat mereka tidak boleh diterima dan begitu jugatafsiran mereka terhadap al-Quran.Dan bukanlah mana-mana tafsiran mereka itu batilmelainkan kebatilannya itu muncul dengan pelbagai bentuk rupa yang berbeza.Yangdemikian itu dapat ditinjau dari dua sudut. 1- Kadang kala dapat diketahui kerosakanyang terdapat pada pendapat atau pegangan mereka 2- Kadang kala dapat diketahuikerosakan yang terdapat pada penafsiran mereka terhadap al-Quran samada iamenunjukkan pendapat atau pegangan mereka ataupun jawapan-jawapan yangdikemukakan terhadap orang yang bercanggah dengan (pendapat) mereka.Adadikalangan mereka yang menggunakan ibarat kalam yang indah dan fasih sedangkanpenipuan berlaku pada kalam tersebut.Kebanyakan manusia tidak menyedari danmengetahuinya umpamanya seperti pengarang kitab Al-Kasyaf (Az- Zamakhsyari) danselain darinya sehinggakan kalamnya itu 'laris' dikalangan orang ramai yang membuatkanmereka (orang ramai) tidak percaya wujud kebatilan di dalam penafsiranmereka(muktazilah) yang batil itu-masya-Allah- Dan aku benar-benar lihat(yakin) darikalangan ulama tafsir dan selain dari mereka melalui apa yang disebut di dalam kitabnyadan melalui kalamnya terhadap tafsiran mereka ,tidak terdapat sesuatupun yang selaridengan usul mereka(muktazilah) yang diketahui dan dipercayai ada berlaku kefasadanpada usul itu dan perkara itu(usul yang fasad) tidak akan diberi petunjuk".Anak murid kepada Ibn Taimiyyah iaitu Al-'Allamah Ibn Qayyim Al-Jauzi (691 - 751 H /1292 - 1350 M ) juga turut mengkritik golongan muktazilah yang menafsirkan al-Quranmengikut hawa nafsu dan akal fikiran sebagaimana yang disebut di dalam bukunya i'lamal-muwaqqi'in( ٍنيعقلا ا) dengan katanya :" Itu adalah sampah pemikiran ,hampas buah fikiran , debu-debu pandangan dan was-wasketeguhan .Maka mereka memenuhinya dihelaian kertas-kertas lalu kertas bertukar menjadi hitam ,diisinya di dalam hati -hati lalu hati akan dipenuhi dengan keraguan dandibentangkan di alam buana lalu alam akan musnah. Setiap individu yang mempunyaiakal yang waras mengetahui bahawa kemusnahan alam hanyasanya berpunca daripadamendahulukan pandangan akal daripada wahyu dan mendahulukan hawa nafsu daripadaakal fikiran".Wabillahi At- taufiq ,wallahu'alamrujukan :1) At- Tafsir wal muffasirun - Dr. Mohd Hussin Az - Zahabi2) Al - Milal wa An- Nihal , As-Syeikh As- Syahrastani3) Ad-Dakhil Fi At- Tafsir ,juzuk pertama , Dr.Abdul Fattah Muhammad Ahmad

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home